Wednesday, April 14, 2010









konsep satu malaysia adalah bertujuan bagi menyatukan bangsa-bangsa yang ada dimalaysia bersatu padu,berkerjasama diantara satu sama lain bagi memajukan negara kita iaitu malaysia.konsep ini juga diperkenalkan bagi tujuan mengeratkan perpaduan kaum diantara rakyat malaysia.Justeru itu,konsep ini telah diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Satu malaysia bertujuan bagi untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan yang selama ini menjadi tonggak utama malaysia,serta rakyatnya.justeru itu,kelebihan ini akan dipelihara
sebagai bekalan terbaik untuk menghadapi sebarang cabaran.

Pengamalan budaya cemerlang akan membangunkan lagi malaysia dimata dunia,kejayaan ini juga bergantung kepada setakat mana budaya cemerlang diamalkan.ketepatan masa amat penting untuk menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama pihak luar negara.pihak luar negara juga akan berpendapat bahawa rakyat malaysia amat mementingkan kualiti dari segi semua aspek termasuklah perdagangan dunia.

Satu Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.


Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.


Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.


Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran


Oleh itu,mari lah kita sama-sama menjayakan konsep satu malaysia,bersatu kita teguh bercerai kita roboh.Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.Diharap kan nilai-nilai ini dapat menyatu padukan rakyat malaysia yang berbilang kaum.melalui konsep ini juga diharapkan tidak timbul lagi tidak puas hati kerana semua bangsa malaysia adalah rakyat malaysia.

0 comments:

Post a Comment